Gegata, Kelopak Garam @ Sopak Garam

UA8 sekarang tengah sengsara mengidap penyakit di atas.  Kebiasaan selepas habis pantang bersalin, penyakit ni datang.  Bukan alergik.. tak makan pun benda yang menggatalkan pun naik juga.  Sampai satu masa penyakit ni akan hilang dengan sendiri.

Nabi Ayub a.s telah diuji oleh Allah dengan bermacam-macam ujian, diantaranya penyakit kulit yang teruk.  Nabi Ayub a.s merintih di dalam doanya seperti surah Al-'Anbyā' ayat 83 :


Cerita Nabi Ayub a.s ada dikisahkan di dalam alQuran surah Sad Ayat 41 - 44 (http://quran.com/38).

Ya Allah, berilah daku kesabaran sepertimana sabarnya Nabi Ayub a.s.  Walaubagaimanapun UA8 cuba cari ikhtiar untuk menghilangkannya antaranya menggunakan ibu kunyit ditumbuk bersama ibu garam (garam kasar)  kemudian dilumurkan di tempat yang gatal atau daun sirih dilumatkan juga dilumurkan di badan.  Tapi UA8 tak cuba lagi.  Tak berkesempatan.

Doa untuk orang sakit
Allahumma anta syafi la syifaa illa syifauka syifaan la yughodiru saqma
Kamu saja Ya Allah yang menyembuhkan. Tiada kesembuhan melainkan daripada kamu. Sembuhkan penyakit orang ini. Sembuh yang tidak berulang lagi.
Gegata, Kelopak Garam @ Sopak Garam Gegata, Kelopak Garam @ Sopak Garam Reviewed by Gerbang Maklumat on 8:53 PM Rating: 5

2 comments:

  1. semoga cepat sembuh..
    p/s: ua8 ye?artistic sungguh nama tu..^_^

    ReplyDelete
  2. Ada kawan bagi tahu boleh cuba air kelapa kuning disapukan ditempat yang gatal.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.