Kad Maybank Penyelamat


Seperti biasa, setiap Ahad atau selang seminggu UA8 akan pergi melawat puteri-puteri di atas yang belajar di Maahad Tahfiz AzZahrah untuk beri motivasi, sekali-sekala outing.  Semalam hari last outing sebelum puasa, maka banyaklah barang yang perlu dibeli.  Mana lagi kalau bukan MyMydin Hulu Langat arah tujuan kami.  Kaya Mydin.

UA8 tengok masing-masing ambil barang macam tak sedar diri.... UA8 cepat-cepat bagi signal kat ayahnya suruh tunggu kat kaunter.  Ni mesti tak cukup duit nak bayar.   Elok je cashier tu kira, UA8 tengok ayahnya dah tak ada... Menyirap darah.. kurang 50 ringgit ni.. nak cekau mana. Keluar masuk kedai UA8 cari ayahnya.  Oleh sebab belakang ramai lagi nak bayar, UA8 pun pelan-pelan keluarkan kad maybank... kredit kad tak ada.  Alhamdulillah mesin tu terima. Dah selesai bayar, elok je ayahnya muncul.  Hish geram sungguh. Sabar... sabar....
Kad Maybank Penyelamat Kad Maybank Penyelamat Reviewed by Gerbang Maklumat on 5:16 PM Rating: 5

2 comments:

Powered by Blogger.