Semalam UA8 telah menghadiri kursus Kaunseling yang dianjurkan untuk kakitangan awam Markas TD. Penceramah bermurah hati membuat ujian personaliti yang dikatakan sekiranya dilakukan di luar menelan kos ratusan ringgit. Ini hasilnya :
UA8 beroleh markah seimbang pada kategori Extraverts atau Introverts. Okaylah kot sebab dikatakan E dan I saling perlu memerlukan....
Sedikit catatan yang diperolehi melalui google...
Menurut ahli psikologi Carl Jung, personaliti
boleh dikelaskan dan mungkin akan dikategorikan sebagai;
Ø
Extraverts atau introverts
Ø
Sensors atau intuitors
Ø
Thinkers atau feelers
Ø
Judges atau perceivers
ISTJ-
Pendiam, serious, bertanggungjawab, memastikan semua kerja dalam
keadaan
teratur di tempat kerja, di rumah mahupun
dalam kehidupan serta menghargai
kesetiaan.
ISFJ – Pendiam, mesra, bertanggungjawab,komited dan
tenag menjalankan kewajipan, mengambil berat terhadap perasaan orang
lain.
ESTP- Bertenaga, kerap menyelesaikan masaalah, dapat
memberi maklumbalas yang kreatif
dalam menghadapi situasi yang mencabar.kerap mencari cara baru untuk menggunakan
sistem sedia ada. Kreatif dalam melakukan kerja-kerja yang sukar dan tugas jadi
lebih menarik.Boleh menjadi ahli kumpulan yang baik.
ESFP- Pencinta alam, menyeronokan ketika
bersama orang, makanan, pakaian , binatang, alam semula jadi dan
aktiviti-aktiviti. Mereka tidak membenarkan peraturan menguasai kehidupan
mereka, fokus terhadap keperluan manusia secara kreatif.
INTJ – Mempunyai pendirian dan
kesungguhan untuk melaksanakan ide-ide
dan mencapai matlamat mereka. Bertanggungjawab dengan tugasan serta
melaksanakannya hingga selesai. Tidak mengharapkan orang lain serta mempunyai
keupayaan tinggi.
INFJ - Mempunyai gerakhati dan dapat memahami
perkara-perkara yang kompleks serta hubungan manusia . mempunyai empati untuk
memahami perasaan dan motivasi orang lain sebelum meraka
menyedarinya.
ENTP-
Kreatif, imaginatif dan cerdek, inovator yang penuh semangat , kehidupan
mereka penuh dengan pelbagai kemungkinan, konsep yang menarik dan cabaran yang
menyeronokkan. Teransang dengan kesukaran.teortikal, konseptual dan ingin
tahu.
ENFP-
Innovator, memulakan projek serta mengarahkan denga bersungguh-sungguh
untuk memastikan ia berjalan.menggunakan gerakhati secara luaran. Teransang
dengan orang baru, idea dan pengalaman.,mempunyai sikap ingin tahu, kratif dan
imaginatif, bertenaga , bersungguh-sungguh serta bertindak secara
spontan.
ISTP- Berfikiran pantas dapat menyusun
data serta menilai secara objektif, pengkritik yang objektif, analitikal dan
logikal dalam menyelesaikan masaalah
ESTJ- Menyelesaikan masaalah secara
objektif, tegas apabila diperlukan. Tidak menerima kekeliruan, ketidakcekapan
atau penyelesian yang tidak sempurna. Bersifat logik, analatikal, dan
objektif,jelas dan tegas.
ENTJ- Pengkritik semulajadi, menetapkan
standard sendiri dan dengan mempunyai kekuatan untuk melaksanakannya terhadap
orang lain, organisasi dan untuk diri sendiri.analtikal, logikal dan kritkal,
tegas dan jelas.Pemikir yang memikir secara konseptual dan global. Teori dan
perancang yang inovatif.
ISFP - Mempunyai nilai diri yang
mendalam, boleh dipercayai, baik dan memahami, sensitif, ingin menyumbang kepada
kebahagian orang lain.Tidak gemar kepada rutin tetapi akan bekerja dengan penuh
semangat dan dedikasi.
INFP- Sensitif dan mengambil berat. Idealistik
dan setia kepada idea sendiri , bersifat ingin tahu dan kreatif. Memahami
keperluan orang lain.
ESFJ – Suka menolong, bersimpati terhadap
orang lain, rendah diri, mudah terluka dengan sesuatu perkara yang tidak baik.
Keadaan yang tegang membuatkan meraka tidak selesa.
ENFJ- Mudah memahami orang lain,menggunakan
empati untuk memahami keperluan emosi. Fokus mereka ialah memberi sokongan dan
galakan terhadap manusia.
Setia dan boleh dipercayai. Imaginatif dan kreatif. Sukakan pelbagai
cabaran.
INTP- Cuba mencari jawapan yang logik
bagi perkara-perkara yang mereka gemari. Mempunyai keupayaan yang tinggi serta
fokus dalam menyelesaikan masaalah yang mereka gemari.. kritiksal dan kerap
analatikal.
Kursus Kaunseling
Reviewed by Gerbang Maklumat
on
7:13 PM
Rating:
seronokkan..zie=extrovert
ReplyDeleteAkak 50% E , 95% STJ
ReplyDelete