Diabetis

Wah gula disyorkan naik harga untuk elak rakyat Malaysia dapat penyakit diabetis. Sedih UA8 dengar. Apa yang UA8 bayangkan bukan penggunaan gula perlu dikurangkan akibat mahal tapi kos-kos lain yang akan terus meningkat tanpa kawalan. UA8 golongan pertengahan. Bukan orang kaya yang tak kisah pun barang naik, atau orang berpendapatan rendah yang banyak manafaat yang boleh diperolehi daripada kerajaan. Tapi kalau dah naik nak buat macam mana, redha jelah.. berbelanjalah ikut kemampuan.

Dulu UA8 tak berkira pun nak beli barang kat kedai runcit biasa terutama kedai kat rumah ni sebab setakat beza 20 - 30 sen, apalah sangat daripada nak masuk market besar, lepas tu beli merapu sampai habis ratusan ringgit. Nak pulak bawa bala tentera, memang telan air liur jelah.. karang ada pulak drama yang tak diingini berlaku. Tapi sekarang kena rancang sikit pembelian bila tengok beza harga banyak yang melebihi RM1. Kalau pergi kat hypermarket, mula-mula ambil dulu barang yang nampak murah. Pusing dua tiga kali sambil fikir patut ke aku beli ni. Patut ke? Tak beli tak boleh ke? Guna ke? Habis semua soalan keluar... kalau rasa jawapan munasabah teruskan kalau tak letak balik.

Allah banyak pulak cerita pasal belanja... sebenarnya UA8 nak cerita tentang diabetis. Suami UA8 antara pengidap diabetis. Baru-baru ni UA8 ada terbaca dalam FB tentang ubat untuk diabetis.   UA8 capture posting dari Puan Siti Sarah ni.. terimakasih sebab sharekan petua ni.



UA8 pun buatkanlah jus special ni untuk suami.. Biasa suami UA8 akan test gula dengan tester yang dibeli.. agak tinggi jugalah gulanya.  Kalau puasa pun bacaan 6.  Lepas 3 hari berturut minum, sekali pagi dan sekali malam.  Hari ke empat dia pun test, boleh bacaan dia naik mendadak 18.  Hish betul ke tidak petua ni... ALKISAHnya kertas tester tu dah lama tamat tempohnya.  Geram jugalah sebab UA8 nak tahu keberkesanan petua ni..  Sampai sekarang ni tak adanya dibeli kertas tester baru. Hmmmm tapi jus tu tetap diminumnya cuma dosnya dikurangkan sekali sehari je.  Katanya Alhamdulillah badan macam sihat sikit... Wallahua'alam.

Tapi UA8 tetap say NO to kenaikan harga gula.....
Diabetis Diabetis Reviewed by Gerbang Maklumat on 12:21 AM Rating: 5

2 comments:

Powered by Blogger.