Lagi seminggu dua, anak-anak akan mula bercuti sekolah hujung tahun. Pening juga memikirkan apa aktiviti untuk anak-anak. Tahun lepas sebulan berulang ke Masjid Besi Putrajaya masuk kelas Fardhu Ain.. tahun ni suami tak sempat nak daftarkan anak.. macam goreng pisang panas sebab murah RM50 sahaja. Tapi sebelum tu pening memikirkan anak-anak yang menghilangkan buku teks yang perlu dipulangkan. Perit juga tekak ni berleterkan budak-budak ni.. sebagai denda untuk pengajaran akan datang, tahun ni UA8 tak akan gantikan. Guna duit sendiri ok... Alasan biasa kawan pinjam, kawan ambil, tak ingat dll. Beritahu umi masa ni, tak boleh nak kata apalah. Kalau beritahu hari ni, hilangnya semalam bolehlah juga nak trace kat mana hilangnya.
Ok itu buku, mungkin tak sampai jantunglah kalau hilang pun. Semalam kakak Madihah beritahu kalkulatornya kawan pinjam. Minggu ni minggu exam, UA8 minta kakak ambil balik pada kawan tu. Kawan kata hilang. Hilang.... kalau hilang kat sekolah tak ada kemananya CARI... Kawan kata hilang kat rumah. Hai anak anak.. bukan barang murah RM 50 tu...
UA8 takut perkara hilang barang-barang peribadi ni jadi satu kebiasaan pada anak-anak.... tak apa umi kita boleh beli lain.... Jadi UA8 kena berkira ngan anak-anak. Ganti dengan duit sendiri...
Itu kes barang sendiri hilang.... Barang orang ada kat tangan anak-anak pun kerap juga terjadi. Kebiasaannya barang dalam bentuk mainan. Selalunya masa tadikalah... Kalau UA8 tanya Dapat mana ni? Jawapan biasa kawan beri... Ish ish ish.. geramnya. Tapi anak-anak kena ajar.. ambil barang orang salah, orang beri barang dia pun salah kalau kita ambil kecuali mak dan ayah kawan tu tahu dan memang nak beri pun (biasanya tak).

Ambil vs Beri vs Pinjam
Reviewed by Gerbang Maklumat
on
10:59 PM
Rating:
Betul akak, saya baru mengamuk ngan asyraaf sbb tukar seluar ngan kawan dia.nasib dpt balik huhu...
ReplyDelete