Trip ke Jepun - Hari Keempat : Masjid Kyoto dan Kyoto Station

Menapak dari Kiyozumidera ke Masjid Kyoto lebih kurang 6km rupanya.  Padanlah lenguh kaki semacam je.   Nasrullah dah mula panas badan tapi semangatnya kuat.


Sambil menikmati pemandangan di kiri kanan terasa hilang sikit kepenatan berjalan.
Banyak juga kereta.  Tapi tak adalah jem teruk sangat.

Lebat betul buah limau ni.
Menyusur di sepanjang sungai inilah.  Tengok dia orang ni melintas selamba je bawak anak walaupun banyak jambatan di panjang sungai ni.
Jambatan ke Bangunan Masjid
Masjid terletak di bawah tanah.  Di atas ni ada kedai menjual barang-barang halal dan juga menjadi Pusat Dakwah,

Dalam masjid.  Masjid ni menjadi tempat mendirikan Solat Jumaat dan Solat Hari Raya. 
Singgah makan di Rose Cafe.  Ada burger dan kebab.  Nasi pun ada.
Murni (anak saudara suami) dan suaminya, Fizi yang belajar dan bekerja di Jepun.

Posing dengan kenderaan utama orang sini.

Menapak ke station subway terdekat untuk ke Kyoto Station
Hari pun dah nak malam ni.  Dari sini kena naik 2 train.
Anak-anak sedara ngan mak pak sedara pupu ni.....
Dah sampai Kyoto Station.  Naik JR Line.
Bergambar ngan Kyoto Tower
Besarnya Kyoto Station ni berganda-ganda dari KL Central. 
Ini semua palsu. Iklan untuk menarik pelanggan membeli.
Shopping mall
Masing-masing menyopping di Kyoto Tower.  Lepas shopping balik tidurlah, apa lagi.... 2 train lagi nak sampai hotel.
Trip ke Jepun - Hari Keempat : Masjid Kyoto dan Kyoto Station Trip ke Jepun - Hari Keempat : Masjid Kyoto dan Kyoto Station Reviewed by Gerbang Maklumat on 8:20 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.