Semua anak (kecuali abang Hanif) dah balik ke rumah. Kakak Madihah balik bercuti 4 hari sempena Maulidur Rasul dan Hari Keputeraan Sultan Selangor. UA8 merancang untuk berjalan ke Cameron Highlands. Pukul 4 pagi UA8 dah bangun siapkan breakfast.
Selepas Subuh, kami bertolak. Cuaca nampak cerah sepanjang highway PLUS dan berarak mendung semasa mendaki ke puncak Cameron.
Rintik-rintik hujan dah mula turun dan jalan nak masuk ke Tanah Rata pun jammed. Akhirnya nampak MARDI... Turun je dari kereta, hujan mula lebat dan udara sejuk menerjah sehingga ke tulang. Masing-masing tak teringat pun nak bawa baju tebal... ingatkan kebal kut.
Tengok bibir Umar dah bertukar biru. Bekal pun habis licin, semua kelaparan. Tiket masuk dah beli RM19 (terlupa Umar dan Raihanah bawah umur - rugi RM3). Sebelum masuk patah balik ke pekan Tanah Rata mencari baju dan payung.
Biasalah bila masuk kedai dengan 7 orang pelbagai ragam. Layankan saje. Dah selesai kami pun pergi balik ke MARDI. Jalan dah mula jammed teruk. Ambil masa juga dengan hujan yang agak lebat. Akhirnya...
Mula dengan lawatan ke mini ladang tehnya (jadilah.. tak sempat nak pergi ladang teh).
Pokok tehnya sejemput je.. tak sempat pun nak bercerita dengan anak-anak. Masing-masing dengan agenda sendiri.
Lepas tu pusing ke bahagian bunga-bungaan.....
Kakak pun belilah bunga.. nak letak kat mana ntah bunga tu. Strawberi tak ada buah yang masak jadi tak berapa menariklah. Ambil gambar je la.
Hari pun dah tengahari. Sekejap je masa. Keluar dari Mardi tempuh jem lagi... kemudian kami singgah ke Kampung Taman Sedia. Solat dan makan.
Beli jam strawberi kat sini.. 3 botol RM25 (tak singgah membeli pun lepas ni).. Keluar dari sini pun jem lagi... nak pegi ke Lavendar Garden pun ambil masa sejam tengok kat waze... padahal 10km je pun. Nampak Strawberry Farm, masuk dululah..
2 kotak besar RM30 free 1 kotak kecil... beli 2 set. Makanlah puas-puas.
Fotografer ni ambil gambar apa pun tak tau... Hari pun dah pukul 4 petang. Memang tak sempat dah nak pergi ladang teh... terus ke Lavender Garden. Sampai pukul 5.15. Beli tiket RM60 (lupa lagi ada budak bawah umur... adoi). Kat sini sampai pukul 6.45. Lepas tu balik KL terus. Layan gambar kat sini ya....

SEHARI DI CAMERON HIGHLANDS
Reviewed by Gerbang Maklumat
on
7:06 PM
Rating:
No comments: