Berakhirnya Cuti

Semalam hantar dua kakak balik asrama bagi meneruskan perjuangan menjadi hafizah.  Semoga anakku kembali dengan semangat yang tinggi.  Untuk menaikkan motivasi, UA8 hadiahkan masing-masing jam loceng mickey mouse untuk kakak dan hello kitty untuk sarah (lupa pulak nak snap gambar tapi terloncat-loncatlah kakak sebab happy dapat benda yang dia suka, sarah macam biasa.. tak kisah). 

Lepas tu UA8 belanja anak-anak makan Western asik makan nasi je dari bulan puasa sampailah ke raya. 


Selain main dish, UA8 order chicken wings, lasagna dan kek.  Happy sungguh masing-masing.  Bila sampai kat sekolah kakak, rupanya ada jamuan raya.. Makan lagi... tapi Sofiyyah cakap tak nak makan sebab makanan biasa-biasa je... eleh mentang-mentang makan western tadi.
Berakhirnya Cuti Berakhirnya Cuti Reviewed by Gerbang Maklumat on 6:49 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.