Tertelan syiling 20 sen

Geram dan mengeletar badan UA8, bila balik kerja anak-anak bagi tau Nasrul tertelan syiling.  Habis suara berleter ke budak tu.....


Nak confirmkan duit mana yang masuk ke dalam perut, UA8 aturkan syiling.  See... 20 sen tu... Alhamdulillah tak tersekat kat tekak.

Tak pasal-pasal UA8 kena bawak pergi ofis nak tunggu budak ni membuang. Jerebu kat luar dah abis, jerebu kat otak pulak ni..

Kebiasaannya syiling akan keluar melalui najis, kalau tak keluar juga dalam masa 3 hari kena bawak gi hospitallah. Kejap lagi kena pergi beli pisang dan yogurt untuk cepatkan sikit sistem penghadaman.

Update 27 Jun : Sebab duit tak keluar lagi, bawa Nasrul pergi X-Ray kat Klinik Kita.  Duit tu dah sampai ke usus besar.....

Statement Nasrul pada Sofiyyah yang rasa nak menampar budak tu : "Tula... kenapa tak telan duit.  Kita boleh pergi ofis ayah dan umi"


Update 28 Jun : Alhamdulillah duit dah keluar.... 10 SEN bukan 20 sen.  Kalau 20 sen, tengok pengalaman yang pernah kena, kalau duit tak keluar kena minor operation.

Tertelan syiling 20 sen Tertelan syiling 20 sen Reviewed by Gerbang Maklumat on 4:47 PM Rating: 5

4 comments:

  1. Memang akan keluar ke duit tu...takutnya...mcm mn leh tertelan ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak saya dh masuk 3 hari tak keluar lagi..dr kata tgk dulu...sebab skrg ni covid..kalo nk hospital govt pun agak sukar...dia pun aktif je...tp tak bergerak syiling tu pun..masih kt perut lg

      Delete
  2. Tak taulah boleh ke tidak.. tadi google ada yang anaknya telan keluar balik lepas 8 hari. Aduh.. hari-hari nak kena belek najisnya. Kakaknya kata sambil baring tengok tv, duk letak syiling kat mulut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak tertelan duit aduhhh pening2 nru balik hospital xray npak duit tapi tak thu berapa sen

      Delete

Powered by Blogger.