Sembuhkan penyakit dengan berbekam

Berbekam amalan sunnah.  Tak kira perempuan atau lelaki, semua boleh berbekam.  Semalam UA8 telah berbekam menggunakan 14 cawan.  Darah tak banyak keluar, mungkin baru bersalin darah kotor dah keluar masa bersalin.  Tapi kak Aisyah yang buat bekam tu kata biasanya perempuan tak banyak darah tak seperti lelaki.  Kalau google gambar bekam, kita akan tengok darah kat botol tu banyakkan, bimbang juga masa mula-mula nak buat.  Maklumlah nikan first time.  Tapi wap banyak dalam botol tu, kata akak tu wap tu angin dalam badan.  Jadi kalau nak buang angin dan darah kotor eloklah berbekam.  Untuk pelajar tahfiz, bekam biasa dibuat di kepala untuk kuatkan daya ingatan.  Satu lagi disyorkan oleh kakak tu berbekamlah ganti mengurut untuk yang baru bersalin.  Gambar google sendiri.
Sembuhkan penyakit dengan berbekam Sembuhkan penyakit dengan berbekam Reviewed by Gerbang Maklumat on 3:40 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.