Madu

Tengok tajuk mesti double meaningkan.... hehehe...  Dalam keadaan cuaca berjerubu sekarang, anak-anak kurang sihat.. ada yang batuk, selsema dan demam.  Madu ini salah satu ikhtiar untuk hilangkan batuk dan kahak.  Dicampur dengan perahan limau nipis. Rasanya amat lazat... Salah satu sungai di dalam Syurga Firdaus adalah sungai madu....

"Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka. (Adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam Syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Sudah tentu tidak sama)! " (Muhammad : 15)

Teringat kisah bagaimana adik UA8 telah mengforwardkan satu emel bertajuk 4 madu di atas katil yang menerima cercaan daripada orang-orang yang hanya melihat tajuk tapi tak melihat kandungan emel terlebih dahulu.  Berhati-hatilah memberi tajuk walaupun satu gurauan, berpada-padalah.
Madu Madu Reviewed by Gerbang Maklumat on 9:42 PM Rating: 5

1 comment:

Powered by Blogger.