Nasihat untuk anak lelaki...

UA8 ada 3 anak lelaki.  2 yang kecil tu mungkin boleh ketepikanlah dulu dalam hal ini.  Ini untuk anak lelaki yang paling tua, yang sudah pun dewasa.  Orang kata besarkan anak perempuan susah,  betul... UA8 setuju tapi bagi UA8 besarkan anak lelaki ni memang mencabar sungguh.  Emosi dan perangai anak lelaki tak sama dengan anak perempuan.  Anak lelaki UA8 ni banyak bergantung dengan uminya.  Semua perkara UA8 kena sediakan.  Tapi taklah 100%.  Hari-hari UA8 akan cakap kat dia "Nanti kalau cari isteri, kena cari yang boleh buat semua.. hanif bolehlah duduk goyang kaki je..".

Pada suatu hari UA8 telah berbual dengan seorang ibu kepada anak lelaki yang hampir sebaya dengan anak UA8.  Banyak perkara berkaitan anak lelaki hampir sama, cuma satu je yang berbeza iaitu cara siibu menasihati anaknya.  "Nanti kalau dah beristeri, kenalah tolong isteri, jangan biar isteri buat semua".  Baru UA8 tersedar selama ini nasihat yang diberi bersikap negatif.
Nasihat untuk anak lelaki... Nasihat untuk anak lelaki... Reviewed by Gerbang Maklumat on 5:49 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.