Hari ni last day kat Osaka, dari malam lagi UA8 berkemas beg-beg. Masak nasi untuk bawa bekal. Hari ini kami checkout dan letak semua beg di lobby hotel sebelum keluar berjalan-jalan. Pihak hotel buat kawasan dengan mengikat tali pada semua beg kami.
|
Perjalanan kami hari ini. Kena guna 2 train, Midosuji Line berhenti di Umeda Station dan bergerak ke Higashiumeda Station untuk naik Tanimachi Line (towards Yaominami) dan turun di Tanimachi Yonchome Station. Keluar dari Station terus nampak Osaka Castle. |
|
Satu-satu gambar family di pintu masuk Osaka Castle |
Jauh juga nak berjalan ke castle. Cuaca cerah tapi angin sejuk menusuk ke tulang. Sambil jalan sambil makan jajan bagi semangat kat anak-anak. Tak sampai pun kat castle sebab nak masuk kena bayar. Kalau ada beli Osaka Pass dapatlah masuk free. Ambil gambar je la kat luar ni...
|
Di kelilingnya ada tasik. |
|
Kena mendaki bukit |
|
Jumpa taman bunga Mei Hwa. Sakura belum berbunga lagi, 2 atau 3 minggu lagi... Tak ada rezeki |
Dah pusing-pusing kat kawasan ni, kami turun balik ke pintu masuk tadi. Buka bekallah.... sambil anak-anak bermain kejar mengejar burung merpati.
Selepas ni jalan-jalan di Shenseikei..
No comments: