Trip ke Jepun - Hari Ketiga : Shinsekai dan Perjalanan ke Kyoto

Dari Osaka Castle kami bergerak ke Shinsekai untuk naik menara ni.....

Menara Tsutenkaku

Laluan ke menara

Kami lalu dalam market ni, beli buah limau dan strawberry... tersangatlah manisnya.  First time rasa strawberry yang sangat manis.
Sampai pejam-pejam mata menikmati keenakan buah limau.
Besar-besar buah strawberrynya.. harga dalam 400 yen.  Puas hati makan.
Pemandangan dari atas menara
5 beranak yang naik....

Apa yang ada kat dalam menara
Ni kalau malam jumpa lariiiii....
Dah penat pusing-pusing rombongan pun balik ke hotel untuk bergerak ke Kyoto.....

Tentu sekali akan merindui laluan ini. Hotel Consort sebelah kanan ke Station di sebelah kiri.  Jalan ke hadapan sikit train station ke Kyoto menggunakan train Hankyu Kyoto Line.
Nilah station nak ke Kyoto
Pergerakan ke Kyoto tepat pukul 4.00 petang.  Masing-masing mengheret beg yang berat tu...Alhamdulillah ramai yang membantu kami terutama masa nak naik tangga.  Perjalanan ke Kawamarachi Station Kyoto mengambil masa 45 minit.  Ada seorang perempuan tegur dalam train.  Terperanjat sebab cakap Melayu. Ingatkan orang Jepun.  Rupanya orang Penang datang berjalan sorang2 ke sini.  Hmmm beraninya.  

Dari Kawaramachi Station berjalan keluar dan menuju ke Gion Shijo Station untuk ke Hotel Urban Kyoto
Ada kejadian malang semasa keluar dari Kawaramachi Station.  Ada insan yang ternampak bangunan bertulis Hotel Urban betul-betul di belakang station.  Apa lagi tak berfikir panjang masing-masing bergerak terus ke sana.  Tambahan hari dah semakin gelap.  Pusing punya pusing rupanya hotel tu tutup untuk construction.  Semua mengeluh kehampaan.  Terbayang dah kat kepala nak tidur manalah malam ni.  Kalau kat Malaysia banyak masjid nak tumpang.... angin makin kuat.  Udara kat sini lebih sejuk dari Osaka.  Anak-anak pun dah menggigil.  Hampir setengah jam juga duduk kat situ.  Tanya pada orang yang lalu lalang... akhirnya adalah 2 orang perempuan Jepun yang membantu.  Tengok balik kat maps rupanya bukan hotel ni... kena naik train lagi nak ke Hotel Urban KYOTO (ada tulis KYOTO kat belakang).

Dengan barang yang banyak tu kami bergerak  ikut perempuan tadi ke Keihan Railway Gion Shijo station terletak di sebelah kanan Kawaramachi Station.

Kawaramachi Station ke depan lagi.
Sampai ke Fukasuka Station hari dah malam... Satu hal lagi nak mencari hotel.  Dahlah tangga tinggi nak panjat, turun ada laluan rata.  

Ni tangga nak ke train adala laluan rata sebelah.  Yang tangga dari train tak ada laluan macam ni... terkehel baru mengangkat beg-beg yang boleh tahan beratnya.

Bila dah malam had pencarian agak terbatas.  Tanya orang yang lalu lalang pulak, banyak yang menggeleng padahal tempat dia orang ni... Lastly, masuk satu kedai tu tanya.  Ada sorang budak muda tunjukkan arah yang bertentangan.  Lebih kurang 500m jugalah berjalan.  Sebelah stesen minyak hotel ni.  Alhamdulillah akhirnya... walaupun bilik kat hotel ni lebih kecil dari hotel Consort tetap bersyukur daripada tidur di jalanan.








Trip ke Jepun - Hari Ketiga : Shinsekai dan Perjalanan ke Kyoto Trip ke Jepun - Hari Ketiga : Shinsekai dan Perjalanan ke Kyoto Reviewed by Gerbang Maklumat on 2:45 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.