Hari Akhir di Jepun & USJ

Wow lamanya tertangguh entry terakhir ini... Walaubagaimanapun kenangan berjalan di Osaka, Kyoto dan Nara tetap di hati. 


2 orang budak kecil tu tak sihat hari ini... Nasrul pun sama tapi nampak lebih ceria.  Berkumpul di lobby awal pagi.  Dimulakan pergerakan dengan doa selamat agar perjalanan balik ke Malaysia berjalan dengan lancar.

Tuan Haji Ali mengetuai bacaan doa selamat


Perjalanan bermula daripada hotel menuju stesen keretapi
Bertembung dengan pelajar yang baru sampai sekolah...Tengoklah siapa yang  datang menyambut kedatangan pelajar.  GURU-GURU yang tunduk ucap selamat pagi...
Memang betul2 apply 5S kat tangga stesen
Kami singgah Osaka dan sewa bilik di Hotel Diamond sehari untuk letak beg2 rombongan sebanyak 1000 yen.  Kemudian naik JR Line pergi ke Universal Studio Japan Osaka (USJ).

Train Jepun pun ada sediakan gerabak untuk wanita...
Dah sampai USJ..
Hanif je masuk dalam.. Kami tunggu kat luar je... Masa sangat terhad.  Tak sempat pun main2.  Tambah anak2 tak sihat dengan angin yang kuat.  Sempatlah solat jamak Zohor dan Asar di kawasan Picnic yang disediakan.

Ada paip air lagi untuk ambil wuduk.
Hari pun dah nak senja... Setelah berkumpul, rombongan bergerak kembali ke hotel untuk ambil beg2 dan bergerak ke Namba Station untuk ke Airport. 

Itulah saja kenangan sepanjang berada di Jepun.  Waktu nak balik agak kelam kelibut jadi memang tak ambil gambar pun.  Yang pasti ada lagi orang tak habis bekalan... serah pada kami.  Tapi bila sampai kat tempat check bagasi tak lepas sebab Jepun ni strict sikit.  Sedih juga peanut butter jem yang belum buka dirampasnya.


Alhamdulillah perjalanan berjalan lancar walaupun 3 orang anak kecil meragam dalam kapalterbang sebab demam...
Hari Akhir di Jepun & USJ Hari Akhir di Jepun & USJ Reviewed by Gerbang Maklumat on 8:33 PM Rating: 5

2 comments:

  1. thanks for sharing this info.. INSYALLAH merancang2 nak ke sana tahun depan.. sama anak lelaki yg sulung wt sister and cousin...

    satu lagi.. i jd risau bila tgk all the tangga2 tu.. macam tak mampu nak mengankat bag je..

    salute kat you bawak anak2 kecik travel ke Jepun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome.. memang bila kenangkan banyak tangga lemah semangat.. Alhamdulillah ada suami dan anak lelaki yang gagah perkasa... Elok bawa beg tarik yang sederhana besar.

      Delete

Powered by Blogger.