Ketuat

Ketuat ialah sejenis penyakit kulit.  Kalau ketuat ni tumbuh kat tangan atau kaki mungkin tak adalah mengganggu sangat.  UA8 kena ketuat kat dahi betul2 kat tengah...sangat-sangat tidak selesa.  Bukan sebulan dua UA8 mengidap tapi hampir 5 tahun.  Macam2 ubat UA8 sapu.  Nak pergi jumpa doktor takut campur malu.  Adik UA8 doktor, kalau ikutnya kena operate.  Tu yang UA8 seram. Kalau google macam-macam petua untuk menghilangkan ketuat.  Tapi Allah telah mentaqdirkan UA8 bertemu dengan penyelesaian....

 

Bila UA8 tunjukkan ubat ni kat adik, dia kata memang ni ubat ketuat tapi dia takut UA8 bukan mengidap ketuat.  Walaubagaimanapun dia maklumkan ketuat ni kadang2 tanda kanser... menyeramkan sungguh.  Mohon Allah lindungilah diri ini dari penyakit2 yang merbahaya.

Ubat ni boleh dibeli difarmasi dengan harga RM35.  Tapi lebih baik dapatkan nasihat dari doktor.  Jangan jadi macam UA8.

Baunya seperti pengilat kuku.  Lagi cepat bertindak jika ketuat dicungkil sikit bagi dia menyerap.  Tapi pedihnya ya Allah... UA8 ni jenis tak sabar.  Kerap mengopek pas tu sapu balik dengan ubat ni.  Sampai hitam dikerjakan.  Hingga last sekali ketuat tu jadi leper dan mengering.  Walaupun tanda hitam tak hilang sepenunhnya tapi tak ada lagi kulit yang timbul dan mengeras.  Syukur sangat.



Ketuat Ketuat Reviewed by Gerbang Maklumat on 5:19 PM Rating: 5

1 comment:

Powered by Blogger.