Trip ke Jepun - Hari Kedua : Nara Park

Anak-anak tidur keletihan,  UA8 tak boleh tidur sangat sebab fikir nak bawak bekal apa hari ini.  Masak nasi pun dua kali ada jelatah.. masa ni tak terfikir nak letak air mendidih.  Tapi licin juga.   Satu periuk bawak bekal, satu lagi makan pagi.  Kena makan sebelum pergi kalau tak meragam anak-anak.  Hari ini berlaukkan Ayam Masak Kurma Adabi + Serunding.  Selain dari makanan segera Adabi, UA8 bawak sekotak jajan-jajan untuk dia orang ni... Anak semua kuat makan campur pulak cuaca sejuk, masing-masing cepat lapar.  Masa ni baru UA8 tau Berahim ada keluarkan produk nasi goreng, nasi arab segera.  Cuma rendam dalam air panas je.  Harga lebih kurang RM10.  Kalau untuk sorang bolehlah tapi kalau dah 8 mulut  kena bawak periuk nasi juga....

Keluar sama dengan orang nak pergi kerja, macam ikan sardin dalam train dari hotel ke Namba Station. Perjalanan kami hari ini dari Namba Station ke Nara Park dengan menaiki Kintetsu Nara Line selama 45 minit.

Hari ni cuaca tak menyebelahi kami.. Hujan sepanjang hari. Menggigil kesejukan anak-anak.  Umar yang biasa tak mau pakai baju sejuk, kali ini kena ikut cakap kami.

Mula-mula sampai seluar pendek dan selipar je... pilihan sendiri.  Puas pujuk suruh pakai jeans ngan kasut.  Orang lain kesejukan, dia rileks je...
Baru nak berbungkus.  Tu pun kalau dalam train cepat-cepat buka...
Maaflah kalau pening... UA8 pun dah pening 4,5 kali upload gambar ni tetap senget juga... layan je la.  Ada bas nak ke Nara Park.  Tapi kami berjalan kaki dalam hujan.  Keluar dari station jalan terus. 
Bergambar ngan uncle jepung...
Jalan-jalan jumpa rusa jinak... asik datang kat kami je.. sebab beg kami ada macam-macam bau makanan.
Raihanah ngan Umar ketakutan.... 
Kebanyakan tempat melawat adalah temple... 


Keluar dari muzium hujan makin lebat... tapi redah jugalah menuju ke station.  Berkumpul kat depan station.  Ke belakang air pancut laluan ke kanan ada deretan kedai termasuk kedai DAISO...  Sempatlah menyopping sikit.  Banyak barang sama ngan DAISO sini tapi lebih murah.  Kat sini RM5.00 kat sana 105 yen lebih kurang RM3.50.
Sampai di hotel dah asar.  Masing-masing keletihan.  Kesian kat anak-anak jadi malam tu tak ikutlah rombongan ke Masjid Kobe.  Layan gambar je la....
Dengan imam masjid. 
Nasi arab RM60 sepinggan katanya. 



Trip ke Jepun - Hari Kedua : Nara Park Trip ke Jepun - Hari Kedua : Nara Park Reviewed by Gerbang Maklumat on 9:24 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.