Trip ke Jepun - Hari Pertama : Perjalanan ke Hotel Consort

Tak terfikir oleh UA8 akan menjejakkan kaki ke negeri matahari terbit memandangkan di dalam kepala UA8 bagaimana sukarnya nak survive di sebuah negara yang bukan Islam.  Tapi telah ditakdirkan kami sekeluarga dilimpahi rezeki untuk ke sana dan UA8 anggap sebagai satu cabaran, tambahan pula kami turut membawa anak2 seramai 6 orang.  Turut bersama kami adalah 3 pasang suami isteri dan 10 orang lelaki bujang.

Perjalanan ke Jepun menggunakan Air Asia mengambil masa 6 jam 30 minit (lebih kurang).  Anak2 pun teruja terutama 5 orang yang belum pernah naik kapalterbang.  Masing-masing berebut kerusi tepi tingkap.  Macam biasa, yang besar kena mengalah.  Umar yang selalunya berkepit dengan UA8 boleh pulak duduk sendiri di kerusi.  Bagasi, makan dan booking tempat duduk dah setle terlebih dahulu jadi urusan lancar pada hari perjalanan.

Yang hujung tu macamlah pandai membaca... khusyuknya.

Sampai di Kansai International Airport atau singkatan KIX lebih kurang pukul 6.30 pagi tapi hari dah cerah dan terang benderang di sini.
Berkumpul sebelum lalu imigration

di KIX
Urusan pertama ketika sampai di KIX adalah membeli kad Kansai Thru Pass untuk pengangkutan sepanjang berada di Kansai (meliputi daerah Osaka, Kobe, Kyoto dan Nara).  2 kad setiap sorang, 3 orang dewasa + 3 kanak-kanak bernilai lebih kurang RM1500.  Kanak-kanak bawah 7 tahun adalah percuma.  Sebelum memulakan perjalanan ke hotel di Osaka, isi perut dulu dengan nasi lemak dari Air Asia dan burger yang dibeli di LCCT.  Tak adalah meragam anak-anak nanti.

Rombongan bergerak untuk menaiki train dari KIX ke Namba Station (kemudian kena tukar train untuk ke hotel)

Tempat membeli tiket atau pass.  Di luar daripada terminal.

Setiap kali naik train guna pass ni.  Tapi tak semua line train boleh guna.
Perjalanan dari KIX ke Namba Station mengambil masa selama 48 minit dengan menaiki Nankai  Airport Line.  Di Namba Station tukar train Midosuji Line (towards Senrichuo)  menuju ke Nishinakajimaminamikata Station.  Rasanya nama station ni paling panjang.  Berbelit lidah.  Perjalanan selama 13 minit dengan 6 kali stops.  Ketepatan masa di Jepun ni memang mengkagumkan sungguh.

Stesen Perhentian Modusuji Line, Gambar ni diambil semasa di stesen Hommachi iaitu untuk ke Shenseikei.

Keluar saja dari stesen Nishinakajimaminamikata ke kiri dan akan nampak Hotel Consort yang terletak di seberang jalan.  Hotel ni booking di Booking.Com dengan kos RM402.02 untuk dua malam.


Bergambar kenangan di depan hotel sebelum check-in.  UA8 jadi camerawoman.



Trip ke Jepun - Hari Pertama : Perjalanan ke Hotel Consort Trip ke Jepun - Hari Pertama : Perjalanan ke Hotel Consort Reviewed by Gerbang Maklumat on 2:19 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.