Iftar Jamaie

Hari ini dah hari ke 16 puasa.  Alhamdulillah semua berjalan lancar.  Anak-anak pun tak banyak ragam berpuasa.  Cuma production susu kurang sikit, maka stok pun dah susut banyak.  Ada seminggu lagi puasa, lepas ni boleh restok balik.

Ramadhan kali ini, UA8 dan keluarga banyak berbuka secara berjemaah atau sekarang ini digelar Iftar secara jamaie di markaz titiwangsa.  Besar pahalanya memberi makan orang yang berpuasa sepertimana hadith :

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun.

Selain dari itu UA8 boleh mengeratkan lagi ukhuwwah dengan sahabat-sahabat titiwangsa.  Kepala pun tak pening nak fikir masak apalah hari ini.  Cuma UA8 akan bawa makanan tambahan seperti kuih atau bubur.  Menu utama ditaja oleh semua yang terlibat secara bergilir.  Biasanya untuk berbuka disediakan untuk 20 - 30 orang.   Tarawikh di sini 8 rakaat dan tazkirah disampaikan oleh penceramah yang hebat-hebat.  Terasa kemanisan beribadah.
Iftar Jamaie Iftar Jamaie Reviewed by Gerbang Maklumat on 7:25 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.