Pencuci mulut di Bulan Ramadhan

UA8 suka makan manisan semasa berbuka puasa mcm puding, bubur, kek dll.  Dah lama nak cari resepi puding roti yang memenuhi selera tekak.  Akhirnya .....

Sebab buat dalam bulan puasa pas tu bawak pula ke surau, rasa berdebar-debar pulak... sedap ke tidak.  Tapi melihat pada 2 pahlawan kecil tu bertambah-tambah makan, oklah tu. Ni resepinya..

Bahan A
Roti gardenia 1 bungkus besar dicarik-carik (anak ramai biasalah)
Susu cair 1 tin + air, rendamkan roti sehingga sebati.. jangan ada yang tak terendam.

Bahan B
3 biji telur
6 sudu besar gula
3 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung jagung

Bahan C
Coklat Cip (lagi banyak lagi sedap)
Kismis (anak-anak tak berapa suka, tak masukkan pun)

Cara :
Bahan B dipukul hingga sebati
Masukkan adunan mentega tadi ke dalam roti yang direndam dan kacau lagi.
Masukkan bahan C
Bakar di dalam loyang yang disapu margerin sehingga masak.

Puding Kastard
Bahan :
1 tin susu cair
1 tin air
3 sudu besar tepung jagung
3 sudu gula

Cara ;
Kacau atas api perlahan sehingga pekat dan mendidih.
Pencuci mulut di Bulan Ramadhan Pencuci mulut di Bulan Ramadhan Reviewed by Gerbang Maklumat on 6:29 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.